Friday, March 25, 2011

**Raja Segala Buah**

"ya Allah, banyak nya durian ni nenek.. lama betul tak makan.." kataku kepada nenek.
"makan la,, rezeki awak nana.. sekarang ni tengah musim. Boleh makan puas-puas sebelum balik KL nanti.." jawab nenek.
Durian oh durian,,
Nikmatnye....
Seronok sebenarnya duduk kat kampung ni. Macam-macam pengalaman dapat secara tak langsung. Paling seronok bila balik time musim durian. Setiap hari dengar bunyi durian jatuh. huhu,, Tak sempat habis hari ni punya, esok datang lagi durian yang baru.
Selain boleh di makan macam tu saja, durian juga boleh di jadikan 'tempoyak' untuk di jamu selera dengan nasi panas atau sejuk. Ramai juga yang gemar memasak 'jem durian'. Sangat nikmat rasanya jika di makan dengan biskut kering.
Sebenarnya, bukan lah saya ingin bercerita sangat mengenai buah durian ni. Tetapi ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca yang setia.
Suatu yang amat menakjubkan jika kita perhatikan betul-betul terhadap musim buah-buahan ini. [i meant buah jenis bermusim].
Teringat perbualan antara saya dengan nenek pada suatu petang sambil menikmati durian,,
"Nenek, nanti bila kenduri kat rumah mak long (segamat), mesti kita boleh makan durian lagi kan? sebab kat sini musimnya dah nak habis.." kataku kepada nenek.
"Tak dapat la nana,, musim durian kat sana baru ja habis.." jawab nenek.
"Oh, ye ke.. Nenek, cuba kita perhatikan sama-sama, hebatkan perancangan Allah. Durian ni datang pada musimnya. Yang menariknya, lepas habis musim ni kat suatu tempat, datang pula kat tempat yang laen mengikut turutan. Tapi bermusim sekali je dalam setahun. Apa yang lagi menariknya nenek, proses penanaman yang tidak sama. Maksud kita, jangka masa yang berlainan nak tanam biji benih ni. Katakanlah hari ni nenek tanam biji durian, kemudian 3bulan selepas tu pak ngah pulak tanam. Then bila tiba ja musim durian, kedua-dua pokok ni akan mengeluarkan hasil. Padahal tarikh tanam nya tak sama. Menarik la nenek! Pokok-pokok ni macam ada robithoh pula.."
"A'ah la nana,,, hebat betul perancangan Allah."jawab nenek dengan gembira**
Kawan-kawan, seperti mana yang kita semua ketahui, durian ni dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah.
Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama.
Orang yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara tradisinya dinasihati mengelakkan durian kerana ia dipercayai mempunyai kandungan yang berkhasiat yang boleh memberi tekanan pada badan.
Saya ingin berkongsi dengan kalian kaedah untuk memilih buah durian yang terbaik :
  1. Lazimnya kesegaran dari satu buah boleh dipastikan dari tangkainya. Apabila buah telah dialih dari pokok, tangkainya mulai kering. Pekedai yang tidak bermoral akan cuba untuk membalut atau mengecat tangkai untuk menghalang pengesanan mudah. Pekedai yang kurang pintar mungkin juga membuang tangkai durian.
  2. Kebanyakan peminat menggemari buah durian yang isinya kering dan matang. Satu jalan mudah untuk mengetahui samaada isi kering tanpa membuka buah adalah dengan menggoncangkan buah dan mengesan getaran kecil. Isi durian yang lembap melekat pada kulit buah. Isi durian yang kering cenderung untuk berpisah dari dinding buah. Seseorang mestilah berhati-hati agar tidak tercedera oleh duri buah durian ketika melakukan perkara ini.
  3. Durian mungkin diserang oleh perosak yang bertelur di dalam buah yang berkembang menjadi larva seperti ulat. Amat penting ketika membeli buah durian untuk mengelakkan membeli buah yang mempunyai sebarang lubang pada kulitnyanya kerana ini sering kali menunjukkan kemasukan "ulat" ke dalam buah.
~Selamat Menjamu Selera~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...