Tuesday, June 28, 2011

| Munajat Seorang Hamba |




saat hati ini berasa kekosongan,,
jiwa terasa sepi,,
sebutir titisan air mata jatuh dari kelopaknya,,
di keheningan pagi ini,,
 hati ku mula berbicara….


 

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu  rahmat yang memberikan hidayah pada hatiku dan melengkapkan kesempurnaan diriku. Dan menampung kekuranganku dan memperbaiki apa yang tiada pada diriku dan menaikkan kedudukanku dengan persaksian dan menyucikan perbuatanku, dan memberikan kepadaku ilham dan mengembalikan kepadaku ketenangan dan melindungiku daripada kejahatan.

Ya Allah anugerahkanlah buatku keimanan dan keyakinan yang tidak kufur selepasnya, dan rahmat yang membolehkan aku mencapai kemuliaan dunia dan akhirat.

Ya Allah, ku pohon kepada-Mu kemenangan dan kedudukan para syuhada dan kehidupan orang yang bahagia dan kemenangan atas musuh.

Ya Allah, penuhkanlah hajatku, walaupun lemahnya diriku dan amalanku, namun aku tetap mengharapkan rahmat-Mu. Maka aku memohon kepada-Mu menunaikan segala perkara yang melegakan dada, sebagaimana engkau menyelamatkan, selamatkanlah aku dari api neraka, dan daripada gangguan kekufuran dan fitnah kubur.

Ya Allah, apa yang tidak mampu aku memintanya kerana tidak sampai niatku sedangkan Engkau menganugerahinya kapada hamba-hamba-Mu., maka aku memintanya. Aku mengharapkan dengan rahmat-Mu wahai tuhan sekalian alam.

Ya Allah yang memiliki pelbagai rahsia dan urusannya, aku memohon kepada-Mu keselamatan pada hari kiamat, dan syurga pada hari yang kekal bersama dengan para muqarrabin yang telah bersaksi, para mukmin yang sentiasa sujud dan menunaikan janji, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan melakukan apa yang Engkau kehendaki.



Ya Allah, jadikanlah diri ini sentiasa menyampaikan hidayah dan mendapat hidayah, bukannya yang sesat dan menyesatkan, pembawa keselamatan buat para wali-Mu memerangi musuh-Mu, kami cinta dengan kecintaan-Mu orang yang mencintai-Mu dan memusuhi sesiapa yang memusuhi-Mu.

Ya Allah , inilah doa-doaku. Kabulkanlah ia, dan ini merupakan usaha dan tawakkal buatmu.

Ya Allah, kurniakan lah cahaya dalam hatiku, cahaya dalam kuburku, cahaya di hadapanku, cahaya di belakangku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiri ku .

Ya Allah kurniakanlah aku cahaya yang agung dan berikanlah kepadaku cahaya , Maha Suci-Mu ya Allah yang memiliki keagungan dan ketinggian..”



Monday, June 6, 2011

Kuiz Ramalan Nasib di Facebook

Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.
Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.
Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain. 
Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:
ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4
Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:
1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?
Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.
Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:
Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.
KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH
Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan ahli nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.
Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.
Allah menegaskan dalam Al-Quran:
عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ
Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).
HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.
Sabda baginda:
من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة
Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).
Di dalam hadis lain:
مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُول فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّد
Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).
Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.
Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.
Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.
Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.
Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.
SEKADAR MAIN-MAIN
Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.
Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?
Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.
Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ
Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).

Sumber: Abu Umair

ROKOK & EPAL

Seorang lelaki bercerita, "Ketika aku melaksanakan solat tahiyyatul masjid, aku mencium bau asap rokok yang menyengat dan mengusik khusyukku. Setelah mengucapkan salam, aku menoleh mencari sumber bau.
Aku mendapati seorang lelaki Mesir dengan bibirnya yang hitam. "Aku akan menasihatinya nanti setelah solat," gumamku. Namun, seorang anak kecil berusia sekitar 9 tahun tiba-tiba menghampiri lelaki tersebut. Terjadilah dialog antara mereka berdua.

rokok5
Si anak membuka bicara,

"Assalamu'alaikum pakcik. Pakcik dari Mesir?"

"Ya pakcik dari Mesir."

"Pakcik kenal Syeikh Abdul Hamid Kasyak?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Jadul Haqq?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Muhammad Al-Ghazali?"

"Ya, pakcik kenal."

"Pernah tak pakcik dengar kaset-kaset ceramah dan fatwa mereka?"

"Ya, pakcik pernah dengar."

"Bukankah mereka semua tu adalah para syeikh (alim ulama') yang mengatakan bahawa rokok tu haram, tapi kenapa pakcik membelinya?"

Dengan agak tergagap, lelaki itu menjawab, "Bagi pakcik, rokok tak haram!"

"Rokok hukumnya haram, pakcik. Bukankah Allah telah berfirman, 'Dan (Allah) mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.' Pakcik ada ke baca bismillah dan ucap alhamdulillah sebelum dan selepas merokok?" tegas anak kecil itu.

"Dalam Al-Quran takde ayat yang secara tegas menyatakan bahawa rokok tu haram," sangkal pakcik tu.

"Pakcik, rokok tu haram, sebagaimana buah epal juga haram," lanjut si kecil.

Lelaki Mesir itu pun mula naik pitam dan berkata, "Buah epal haram? Atas dasar apa kamu menghalalkan dan mengharamkan, wahai anak kecil?"

"Cuba pakcik beritahu ayat Al-Quran yang secara tegas menyatakan bahawa epal tu halal," pinta si kecil.

Lelaki itu bingung dan diam terpaku. Tidak sanggup lagi dia berbicara. Air matanya tumpah hinggalah ketika iqamat dikumandangkan. Selesai solat, lelaki itu menoleh ke arah anak kecil itu dan berkata, "Nak, pakcik bersumpah demi Allah, pakcik takkan morokok lagi buat selamanya." "

alhamdulillah. ..

* Kisah di atas diolah dan dialihkan sedikit ke dalam bahasa melayu. "Athfal Lakin Du'at" karya Nashir Syafi'i...

Sunday, May 15, 2011

Mencari Mata Rantai Yang Hilang


.
 Gambar hiasan

Kembalilah menyorot sejarah
Belajarlah daripada Rasulallah
Bagaimana baginda membina SATU bangsa bermaruah
Sedangkan awalnya terkenal Barbar dan Jahiliyyah

BERSATU ATAS MATLAMAT YANG SATU

Pujian bagi Allah, Tuhan yang Maha Menyatukan (Al-Jami’) hati para hambaNya yang ikhlas dan mengharapkan keampunanNya. Selawat dan salam kepada junjungan Agung Nabi Muhammad S.A.W., Rasul yang mendidik dan memimpin manusia untuk mengenal dan mencintai Allah sekaligus menyatukan ummah, kaum kerabat baginda, para sahabat, tabi’ien dan para pejuang Islam disepanjang zaman yang telah bertungkus lumus memartabatkan Islam.

Alhamdulillah, hari ini saya di beri peluang dan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk berkongsi sesuatu. Walaupun agak sibuk menguruskan beberapa tugasan minggu ini, ia bukan lah menjadi penghalang untuk saya terus menaip apa yang ingin saya sampaikan. 

Kawan-kawan,

"Jihad datang daripada usaha, dan usaha ialah kepenatan dan kesusahan, tiada kerehatan bersama jihad sehingga pertarungan berakhir dan pada waktu pagi orang memuji kemenangan." Itulah semarak kata al-Syahid Imam Hassan al-Banna yang menyuntik semangat saya tatkala berasa lemah.

Baiklah sahabat-sahabat sekalian,

Kewafatan Rasulullah SAW menggamit seribu satu perasaan yang sukar di gambarkan. pemergiannya sukar untuk di terima di saat seluruh alam memerlukan seribu satu harapan padanya. Sayyidina Umar al-Khattab r.a. terpaksa di redakan oleh sahabat karibnya Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. kerana sukar menerima pemergian Baginda dengan katanya : "Wahai manusia, sesiapa di antara kamu yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat. Dan sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah tetap hidup dan tidak akan mati."

Walaupun jasad Baginda berpisah daripada kehidupan dunia ini, namun matlamat dan perjuangannya tetap di teruskan. Bagi merialisasikannya, Baginda Rasulullah SAW meninggalkan pewarisnya agar ajaran yang di sampaikan tidak terkubur mati, bahkan perlu di sampaikan dan di perjuangkan sehingga ke akhir zaman. Justeru itu, Rasulullah SAW memilih ulama sebagai pewarisnya. Merekalah yang meneruskan perjuangan Rasulullah SAW.

Apabila manusia jauh daripada ulama, maka manusia terus berada dalam kejahilan dan senang sekali di sambar oleh syaitan-syaitan daripada syaitan manusia dan syaitan jin dari setiap penjuru dan sudut yang menyeru kepada kesesatan dan keinginan hawa nafsu yang tiada penghujungnya. Kehadiran ulama adalah satu nikmat yang tak terhingga kepada seluruh penduduk di muka bumi ini. Mereka hadir sebagai lampu yang menyinari, pembimbing dan yang menjadi hujah kepada Allah SWT ketika berada di muka bumi ini. Sekaligus mereka menghapuskan segala pemikiran yang sesat dan yang menyingkari kabus kesangsian yang menyelubungi hati dan diri manusia.

Perumpamaan yang sangat secocok sebagai pengiktirafan terhadap ulama di sabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, " Sesungguhnya perumpamaan ulama di muka bumi seperti bintang di langit yang menjadi pedoman dalam kegelapan di darat dan di laut. Apabila bintang telah malap, maka hampirlah juru penjuru itu kepada kesesatan" ( Riwayat Ahmad no.12139 dan no. 126000)

Malah perkara ini pernah di nukilkan oleh Prof. Dr. Hamka dalam Tafsir al-Azhar untaian kalimah Imam Malik : " Ulama adalah pelita pada zamannya." Tanpa pelita ulama ini, manusia terus meraba-raba dalam hidupnya yang penuh kegelapan. Tidak mengerti yang mana putih dan yang mana hitam. Ungkapan "ulama perwaris nabi" ini bukanlah manifesto yang sengaja di tonjolkan oleh para ulama sendiri, bahkan ungkapan ini telah meniti keluar dari bibir mulia Rasulullah SAW yang bermaksud "......... Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi." (Riwayat at-Tarmizi no. 2606)

Kedudukan para ulama terlalu istimewa berbanding manusia lain. Keistimewaan ini dapat kita hayati menerusi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Kelebihan orang alim seperti kelebihanku di atas orang yang paling bawah di kalangan kamu. Sesungguhnya Allah, malaikat-Nya dan penghuni langit dan bumi sehingga semut di dalam sarangnya dan ikan-ikan di dalam air mendoakan orang alim yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." ( Riwayat at-Tarmizi no.6209, hasan gharib sahih dan al-Darimi no. 289)

Namun di sebalik lunakan janji-janji dan keistimewaan itu, para ulama sewajarrnya memerhatikan lontaran kata-kata yang di riwayatkan daripada Sayyidina Hassan bin Ali r.a.huma. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Sesiapa yang melihat pemerintah yang zalim yang menghalalkan apa yang di haramkan oleh Allah, yang mungkir terhadap perjanjian Allah, yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW, yang melakukan perkara yang di sukai Allah dengan dosa dan menimbulkan permusuhan, lalu mereka tidak merubahnya dengan perkataan dan perbuatan, maka adalah menjadi hak Allah SWT memasukkan dia di tempatnya (neraka)." (Riwayat al-Tabarani dalam al-Tarikh dan Ibn Athir dalam al-Kamil).

Ulama pewaris nabi tidak akan membisu mempertahankan kebenaran. tidak akan membutakan mata apabila kemaksiatan dan penyelewengan menghiasi kelopak matanya. Tidak akan memekakkan telinga tatkala kemungkara berbicara di sekelilingnya. Tidak sesekali menyembunyikan segala perintah Allah dalam urusan umat, urusan negara atau tindak-tanduk pemerintahan.

Kenapakah sedemikian rupa?? 

Ini kerana mereka itu beriman dengan firman Allah SWT yang bermaksud "Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan daripada keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah sesudah kami menerangkan kepada manusia dalam kitab suci, mereka itu di laknat oleh Allah dan di laknat oleh sekalian  makhluk." ( Surah al-Baqarah 2:159)

Kecaman ini juga di luahkan oleh Imam Abu Ali al-Daqqaq terhadap ulama yang takut memperkatakan kebenaran yang bermaksud "Sesiapa yang diam daripada mengemukakan kebnaran, dia adalah syaitan bisu."

Abdullah bin Mas'ud r.a. menegaskan, "Bukanlah seorang di katakan alim kerana banyak menghafaz hadis. Alim sejati ialah yang banyak khasyyah atau takut kepada Allah."

Dari sini dapat kira fahami bahawa mereka yang tidak takutkan Allah SWT bukanlah seorang ulama sekalipun ilmunya tinggi melangit. Demikianlah juga kata Imam Malik r.a. , "Ilmu bukanlah kerana banyaknya menghafaz hadis, bahkan ilmu ialah nur yang di nyalakan Tuhan dalam hatinya."


Thursday, May 5, 2011

cinta oh cinta..^^



Alhamdulillah, masih di beri kesempatan untuk meluangkan sedikit masa pada hari ini bagi meneruskan misi jihad dalam bidang penulisan, insyaAllah.

Sejak kebelakangan ini terasa geli hati pula apabila melihat gelagat sahabat-sahabat yang sibuk berbicara mengenai cinta, alam rumah tangga dan yang berkaitan dengan nya. 
Kan lagi seronok jika membincangkan topik ' ke mana hala tuju kita selepas ini?? '

Tetapi tidak mengapa, tidak salah jika kita berbicara mengenai cinta kerana ia adalah fitrah semula jadi manusia. Ingin mencintai dan di cintai...

Rasa terpanggil untuk memberi sesuatu mengenai 'CINTA'. 

Apabila kita memperkatakan tentang cinta, kita tidak dapat lari daripada berbicara soal hati dan rasa. Ya, cinta letaknya di hati yang di umpamakan sebagai raja dalam diri manusia. 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" Bahawasanya di dalam jasad anak adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya jika jahat daging itu maka jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah bahawa daging itu adalah hati. " (riwayat al-Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599)

APA ITU CINTA?



cer citer~~

Cinta ini umpama hadiah. Kita tentu suka dan gembira apabila menerima hadiah. Namun, wajarkah hadiah lebih kita cintai daripada pemberi hadiah? tentulah pemberi hadiah yang lebih kita cintai.. Maka segala pujian dan sanjungan di berikan kepada pemberi hadiah. Begitulah juga dengan 'cinta'. kadang-kadang sampai ke tahap boleh " mempertuhankan" cinta. Tetapi cinta itu bukan tuhan. 

Menurut imam ghazali, cinta itu ialah kecenderungan yang amat kuat dalam diri seseorang kepada sesuatu atau seseorang yang lain yang boleh bagi manfaat pada diri dan serasi dengan fitrahnya (tabiat).

Salah ke sabenarnya jika kita bercinta? Bukankah setiap hati inginkan kasih sayang, keadilan, kemuliaan, dan kesempurnaan . Ya, tidak ada seorang pun yang tidak inginkan semua itu. Ketika di landa miskin, kita inginkan kekayaan. Ketika di pinggirkan , kita inginkan kasih sayang. Ketika di zalimi , kita inginkan keadilan..

Sedarkah kita ketika kita menginginkan semua itu , kita sebenarnya mencintai Allah? Kenapa pula ye? Hmm,, ini kerana Allah sahaja yang memiliki apa yang kita inginkan. Bukankah Allah itu al-Ghani, memilki kekayaan yang di inginkan oleh si miskin? Allah itu juga al-Rahman, mempunyai kasih sayang yang di idamkan oleh mereka yang rasa terpinggir? dan al-Adl yang mampu memberi keadilan kepada mereka yang di tindas. itulah antara nama-nama yang sinonim dengan sifat-sifat-Nya.

MENGAPA KITA PERLU CINTAKAN ALLAH?

Jawapannya mudah. sebab Allah yang paling mencintai kita.. Allah mencintai kita lebih daripada sesiapa sahaja yang telah, sedang atau akan mencintai kita. Sesiapa sahaja yang mencintai kita itu hakikatnya Allah yang menjadikannya dan Allah juga yang menitipkan rasa cinta itu dalam dirinya untuk mencintai kita. Tegasnya, segala rasa cinta yang di luahkan oleh manusia untuk mencintai manusia yang lain adalah bersumbarkan cinta kepada Allah. Maka hanya Allah yang layak untuk kita cintai.

Firman Allah yang bermaksud : " Orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah." ( surah al-baqarah 2 : 165)


********************************



Kesimpulannya, cinta yang kecil adalah cinta makhluk. Tetapi cita itu akan bernilai dan besar hanya didasarkan kepada cinta Allah. Cinta itulah yang di lahirkan oleh Allah ke dalam hati. Cinta bukan dari mata turun ke hati, sebaliknya dari hati turun ke mata dan lain-lain anggota. Itulah yang benar, suci lagi murni. Itulah cinta yang di khususkan buat manusia yang beriman sesuai dengan martabatnya sebagai hamba Allah dan khalifah. Dan cinta itu selamanya indah kerana ia di cipta oleh Allah - Tuhan yang indah dan suka pada keindahan!


Wednesday, May 4, 2011

~pELaNgi ImPiaN~


Kadang-kadang sesuatu yang tidak kita ingini berlaku pada diri kita..

Kadang-kadang juga apa yang berlaku tidak seperti apa yang telah di rancang..

Kita inginkan matahari yang cerah mewarnai hari yang ceria,,

Tetapi tanpa di sangka turunnya hujan tanpa di duga..

Dan hati pun berkata,

" ya Allah, beratnya semua ini... sesungguhnya Engkau lebih  mengetahui apa yang sedang ku rasakan sekarang.. "

Maka diri ini memujuk tanpa di pinta,

" bersabar lah,,, pelangi yang indah akan muncul selepas turunnya hujan yang lebat.. dan mentari tatkala itu akan terus menyinari.. "

Gagahkan dirimu untuk mengukir sekuntum senyuman walau apa pun yang kamu lalui..

=)

*****************************

KEMBALI
far-east

Wahai tuhan yang maha pemurah,
Terangilah ku dengan nur iman mu,
Hanya Engkau tempat aku berserah,
Mohon magfirah di dalam syahdu.

         Wahai tuhan yang maha pengasih,
          Ampunilah segala dosaku,
          Laksana buih di laut memutih,
          Hanyut di telan gelombang nafsu.

Hari-hari yang telah aku lalui,
Ingin ku tinggalkan terus bersemadi.

         Ingin aku kembali kepada fitrah insani,
        Tak sanggup ku jelajahi rimba duniawi,
        Bebaskanlah diriku dari di belenggu,
        Dosa noda nafsu durjana.

Terimalah taubatku ya Allah,
Pimpinlah daku ke jalan redhaMu,
Moga sinarMu terangi hidupku,
Di dalam kegelapan.

        Aku kan kembali pada Mu Robbi,
        MenghadapMu ya Robbul 'zzati,
        Segala ketentuanku pasrahkan,
        Di dalam penghayatan.

*************************

" adakah kamu di katakan benar-benar beriman selagi kamu tidak di uji?? "

" sesungguhnya Allah tidak membebani hambaNya melainkan Allah tahu dia mampu untuk lakukannya "


~salam muhasabah~

ANJAKAN PARADIGMA HUFFAZ

Artikal ini di copy dari blog saifulislam.com
~sekadar perkongsian~


Bersama Huffaz al-Quran di program Bengkel Tinta Da’ie di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru
“Sungguh merisaukan apabila ada huffaz yang tidak tahu hendak ke mana” saya meluahkan pandangan.
“Itu sering berlaku, ustaz. Perasaan itulah yang banyak membelenggu pelajar semester akhir” jawab salah seorang sahabat.
Beliau turut gusar dengan perkara yang sama di kalangan rakannya.

Sudah lama saya menanti peluang ini.
Peluang untuk berwacana bersama pada Huffaz al-Quran.
Kelompok insan terpilih yang berpotensi tinggi, tetapi sebahagiannya dibelenggu oleh batasan-batasan yang dibina oleh persepsi massa.
16 Januari 2010, selepas penangguhan tarikh asal pada Ogos 2009 akibat H1N1, saya berkesempatan meluangkan sehari suntuk masa di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kuala Kubu Bharu.
Biar pun himpunan hasrat dan harapan di dada saya terasa dibataskan oleh tajuk yang bakal diperkatakan, namun saya tidak mahu terikat dengan tema program Bengkel Tinta Da’ie, pada hanya memperkatakan tentang teknik penulisan. Apa sahaja teknik yang bakal dibincangkan, ia hanya wasilah untuk ekspresi sesuatu yang lebih bersifat induk iaitu DAKWAH, sebagai subjek utamanya.
BEBANAN PERSEPSI
Sebahagian Hafizaat al-Quran yang turut serta
Mungkin punca kepada kaburnya perjalanan ini berkait dengan persepsi masyarakat yang menyalahi realiti. Ramai yang melihat bahawa menjadi hafiz atau hafizah, adalah satu destinasi. Sedangkan bagi seorang pelajar yang telah berjaya menyertai kelompok huffaz, dia tidak dapat merasakan bahawa dirinya tiba ke destinasi, tetapi seperti baru hendak memulakan perjalanan. Kombinasi di antara sangkaan orang ramai, dan perasaan seorang hafiz dan hafizah, telah mencipta satu beban yang berat untuk ditanggung oleh para huffaz. Mereka diberikan status sosial yang tinggi ketika mana setiap seorang berasa janggal untuk menampung status itu tanpa alat yang mencukupi.
Hakikatnya, menjadi seorang hafiz dan hafizah adalah satu fondisi yang sangat hebat. Tetapi ia bukan kemuncak cita-cita.
Secara peribadi, saya dapat merasakan betapa besarnya impak andaikata saya memulakan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda setelah menjadi seorang hafiz. Ia adalah satu kekurangan yang telah saya hadapi, biar pun ia tidak pernah menjadi halangan untuk meningkatkan penguasaan ilmu Syariatullah.
Di dalam mana-mana subjek, keperluan menghafal dan memahami nas al-Quran, di samping nas al-Hadith dan pendapat-pendapat ulama’ yang lain, adalah perkara asas yang diperlukan oleh seorang pelajar Syariah untuk memahami satu-satu topik yang dipelajari.  Melakukan semuanya dalam keadaan bukan seorang hafiz, terasa ada kekurangan yang memerlukan mujahadah besar bagi mengatasinya. Alangkah baiknya jika saya sudah menghafal al-Quran sepenuhnya semasa kaki melangkah ke bumi Syam dahulu. Malah, tuntutan universiti kepada pelajar Syariah agar menghafal 6 juzuk al-Quran sebagai syarat graduasi yang memerlukan kami untuk melakukannya di celah-celah 46 subjek, sudah cukup memeritkan. Belum lagi pada soal mengekalkan hafalan itu selepas ujian Tasmi’. Selesai menghafal al-Quran sebelum mula belajar Syariah, adalah satu impian yang dibayang-bayangkan oleh setiap kami, semasa dihimpit kesulitan mengimbangkan hafalan al-Quran dengan proses pembelajaran yang padat.
Tetapi itu lebih baik daripada berjaya menjadi seorang hafiz dan hafizah, namun terus terjun ke gelanggang agamawan tanpa mendapat ilmu yang cukup berkaitan dengan proses memahami nas dan Syariah secara keseluruhannya. Jadi huffaz tapi belum jadi asatizah. Menghafal al-Quran tidak pernah sama sekali sinonim dengan memahami al-Quran. Kedua-duanya memerlukan proses yang tersendiri dan tidak boleh saling menampung secara simplistik.
Di sinilah titik yang menampakkan betapa institusi tahfiz dan status huffaz di negara kita memerlukan satu anjakan paradigma yang besar.
Huffaz yang bercita-cita mahu banyak memberi, mesti banyak memiliki. Itu pra syarat menjadi da’ie dan penulis berjiwa da’ie
MEMINJAM CERMIN TURKI
Sebagai perbandingan, jika dilihat ke sebuah negara yang kaya dengan huffaz seperti Turki, di negara itu tidak ada sesiapa yang digelar sebagai al-hafiz. Menjadi seorang hafiz atau hafizah bukanlah sesuatu yang dianggap pencapaian dengan status sosial, tetapi ia hanya melunaskan satu tuntutan sebagai seorang Muslim. Justeru, mindset setiap pelajar yang menghafal al-Quran bukan untuk membawa hafazannya sebagai satu aset kerjaya.  Menjadi hafiz bererti telah memiliki sesuatu yang sangat besar untuk diri sendiri, tetapi belum mempunyai apa-apa untuk orang lain. Oleh itu, mereka menjadikan hafazan itu sebagai bekalan untuk meneruskan lagi proses pembelajaran. Dengan pemikiran seperti itu, saya melihat sendiri betapa sejumlah besar mahasiswa dan mahasiswi di Ilahiyat Fakultesi adalah terdiri daripada hafiz dan hafizah. Ia menjadi satu kredit besar buat mereka semasa melunaskan pengajian di peringkat universiti.
“Kamu sudah khatam al-Quran?” itu soalan yang sering ditanya di dalam masyarakat kita.
Terutamanya kepada anak gadis sebelum naik pelamin.
Tetapi di Turki jarang sekali kedengaran orang bertanya demikian.
Lazimnya mereka akan bertanya, “kamu sudah menghafal al-Quran?”
Suasana Kuran Kursu di Turki tempat anak-anak tempatan belajar dan seterusnya menghafal al-Quran. Kasual!
PROSES YANG MELENGKAPI
Saya kongsikan diskusi berkenaan dengan hal ini bersama pelajar Darul Quran, agar mereka meletakkan satu azam untuk tidak mudah berpuas hati hanya dengan selesai menghafal al-Quran dan memperolehi Sijil atau Diploma yang ditawarkan, sebaliknya hendaklah disambung lagi dengan peringkat pengajian yang lebih tinggi, hingga sekurang-kurangnya berjaya memperolehi ijazah di dalam mana-mana cabang bidang Pengajian Islam, sebelum benar-benar boleh berperanan dengan baik menanggung kepimpinan Islam di dalam masyarakat.
Begitu juga dengan program pensijilan yang meletakkan sasaran program untuk melahirkan hafiz dan hafizah, yang kemudiannya disalurkan mengambil jurusan profesional (bukan Syariah), sebagai acuan melahirkan golongan Profesional Muslim, atau Profesional yang hafiz! Saya merasakan seperti ada unsur simplistik dalam meletakkan formula sedemikian rupa. Seorang jurutera yang menghafal al-Quran adalah satu kelebihan yang besar pada dirinya untuk menjadi seorang Muslim Profesional atau Profesional Muslim, asalkan hafazan itu dimasak dengan latihan formal atau tidak formal di dalam cabang-cabang disiplin Pengajian Islam yang kita sedia maklum. Tetapi untuk sekadar memiliki 30 juzuk hafalan di dalam diri, dan kemudian beralih pula ke bidang perubatan dan kejuruteraan untuk melahirkan tokoh-tokoh yang berinspirasikan al-Khawarizmi dan yang seumpama dengannya, ia kedengaran seperti satu retorik.
PROAKTIF

Justeru, kepada para hafiz dan hafizah itu sendirilah tanggungjawab bagi mereka bertindak secara proaktif dengan tidak membataskan diri kepada persepsi-persepsi itu tadi. Mereka harus mencabar diri untuk pergi lebih jauh. Jangan tunduk kepada demand yang hanya menghendaki kalian mengimamkan Tarawih. Itu besar, tetapi ada yang lebih besar menanti!
Kuasai ilmu-ilmu alat di dalam Pengajian Islam.
Kuasai juga Bahasa Arab dengan sebaiknya.
Itu jika jalan yang dipilih adalah pada mahu menjadi seorang agamawan.
Lebih cantik jika dapat dilengkapkan dengan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, serta kemahiran-kemahiran lain seperti ICT, pengurusan, komunikasi dan lain-lain keperluan dakwah.
Ada pun jika para huffaz mahu meneruskan pengajian di dalam bidang akademik bukan Pengajian Islam seperti kejuruteraan dan perubatan, teruskan cita-cita yang amat bermakna itu. Namun perlu ada kesediaan di minda bahawa hafazan yang telah berjaya diperolehi, masih merupakan bahan separuh masak yang perlu dicanai lagi dengan pelbagai ilmu berkaitan Syariah. Justeru di celah-celah pengajian di universiti di bidang masing-masing, carilah ruang dan peluang untuk meneruskan pembelajaran di bidang agama.
Sesungguhnya saya sangat kagum dengan disiplin dan potensi yang dilihat selama saya berada bersama para huffaz di Darul Quran. Apa yang perlu diberikan secara konsisten adalah semangat untuk mereka terus berjiwa besar dan membawa al-Quran ke massa dengan segala ruang dakwah yang menanti.
“Dan dia (Yaaqub) berkata lagi: “Wahai anak-anakku! janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu itu hanya tertentu bagi Allah. Kepada-Nyalah aku berserah diri, dan kepada-Nyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri” [Yusuf 12: 67]
Selamat maju jaya saya ucapkan kepada para huffaz al-Quran di mana sahaja mereka berada.
Semoga jiwamu sebesar al-Quran yang telah mengisi hatimu.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Sunday, May 1, 2011

' ceritera sahabat '


[ceciter...]

" So, apa plan kita hari ni? " 

" Kita siap-siap sekarang. Pukul 1.30petang nanti kita keluar. "

Jam di handphone menunjukkan pukul 12.30 tengahari.  Kemana nak pergi saya pun tak tahu yang penting saya perlu keluar dari tempat ni sebab kat sini tak da line langsung [coverage celcom ada masalah]

" Kita nak ke mana? "

" Kita pergi survey tempat deh.. "

Ok, baru saya faham...

*********************

 " Mana diorang ni?? janji kumpul 1.30 tadi.. ni dah pukul 2.15petang.. aku ingat aku paling lewat tadi... hmmmm.. line pulak tak da.. hu~ " monolog sendirian.

Tepat jam 2.45petang mereka pun sampai di tempat yang di janjikan.

" Kenapa lambat sangat? Kita lewat dah ni. "

Persoalan ku tidak di jawab. Muka masing-masing berkerut.

**sabo je la.. 

*********************

" Jom! kena jalan kaki, prebet tak boleh masuk.. "

" Jap, nak pergi HEP dulu.. "

" Nak buat ape? lewat dah ni.. "

" Nak hantar barang ni kejap "

Allah....

[ p/s : Penantian itu satu penyiksaan. Selesai kan segala urusan peribadi terlebih dahulu jika dah tahu nak keluar dengan orang lain ye sebab ia boleh menimbulkan 'masalah hati'.. ]

**********************

tut.. tut... tut....
Bunyi massage masuk.

" Salam. korang nanti pergi tg.malim dulu then ambik prebet ke Ulu Yam ea.. kol pak cik bla.. bla.. bla.. "

Tg.malim??? Ulu yam??? Awat jauh sangat dia suruh pergi ambik prebet ni..
**monolog lagi

" Kak, ni mesej dari dani. Pelik kot 'ayat' dia ni.. hehe "

Muka 'akak' semakin berkerut. Terang lagi jelas riak muka yang kurang senang dengan  situasi yang berlaku. Di tambah lagi nak kena bekejar pulang ke Perlis malam ni juga.. 

*************************

Di pendekkan cerita, kami pun sampai di tempat yang di tuju lebih kurang jam 4 petang.

" Assalamualaikum. Boleh kami berjumpa dengan encik hamzah? " tanya 'akak' kepada seorang pekerja di situ.

" Itu dia pak cik nya, yang pakai baju biru ya " jawab pekerja tersebut. [ pekerja dari seberang kot..]

" Ok, terima kasih ye.. "

" Kak, awat ramai sangat orang kat sini? Macam ada program ja. Malu kot.. "

'Akak' segera berjumpa dengan pak cik hamzah.. 

**Sebenarnya hari tu ada program puspanita cawangan Negeri Selangor. Kebetulan kami bertiga datang nak survey tempat. Nampak meriah la tempat tu.. huhu. Tempat yang cantik dan menarik. Layanan yang baik di berikan kepada kami.

**********************

Untuk pengetahuan kawan-kawan, apa yang menarik yang ingin saya  kongsikan pada kalian adalah bagaimana cara pihak pengurusan tempat ini melayani kami sebagai tetamu. Mereka sangat memuliakan tetamu. Baiklah, jom ikuti kisah pengembaraan kami melalui pembacaan di sini.

Setibanya kami di sana, kami di minta untuk duduk berbincang di sebuah pondok kecil yang sangat comel. [ Tujuan kami hanya nak survey sahaja..] Keterangan yang di berikan oleh pak cik hamzah mengenai pengurusan tempat amat mudah di fahami. Sedang kami leka berbincang, tetiba pak cik memanggil seorang perempuan (pekerja di situ). 

" Tolong sediakan air untuk adik-adik ni "

Beberapa minit kemudian kakak tadi datang membawa 4 cawan berisi teh tarik panas.[ fuh~~~ Seronok dapat minum.. Mana tak nya, perjalanan yang jauh beribu batu kemudian di hidangkan teh panas.. Pada mulanya malu juga, tapi orang dah bagi kami terima ja.. huhu ]

Jam di tangan menunjukkan pukul 5.30petang. Perbincangan mengenai tempat juga kami rasakan sudah selesai cuma kami tak memberi keputusan akhir sama ada mahu atau tidak untuk memilih tempat tersebut.

" Tak pa lah pak cik, kami mintak diri dulu ye.. "

" Eh, nanti dulu. tunggu sini kejap ye. Pak cik nak mintak pekerja pak cik hidang kan makanan untuk kamu "

" Tak pa pak cik, kami nak balik da.. " kami menolak dengan baik tapi tidak di endahkan.

Beberapa minit kemudian.
Ya Allah, malu yang amat.. Mana tak nya, kami di hidangkan 'laksa penang' panas dan sebotol ais mineral sejuk. 
Subhanallah.. baik sangat mereka.
Tanpa membuang masa kami pun makan la laksa tu. 
Memang sedap. 

** ceh, tadi kata malu tapi makan juga.. ala, malu tapi mahu la tu... huhu **

Kami perlu segera menghabiskan makanan tersebut kerana kami masih belum menunaikan solat fardhu asar. Setelah semua kenyang, kami angkat mangkuk ke dapur sebagai tanda terima kasih kerana sudi menjamu kami makan petang.
Sedang kami sibuk bersiap hendak pulang, pak cik hamzah memanggil lagi pekerja nya untuk menunjukkan kami tempat untuk solat.
Pada mulanya kami bercadang mahu solat di ktm sahaja. Bukan kami tidak mahu solat di situ, tapi tidak mahu menyusahkan mereka kerana pada masa yang sama mereka perlu melayan peserta program yang baru sahaja tiba. 

Setibanya di ruang solat, Subhanallah.. Selesa yang amat. Ruang solat besar beserta air-cond yang sejuk. 

Alhamdulillah, bincang sudah, makan sudah, solat pun sudah.. sekarang kami perlu pulang kerana malam tu kami perlu ke tempat lain pula. 

" Pak cik, terima kasih sangat atas layanan yang baik pada kami semua.. "

" Biasa la tu, untuk pengetahuan kamu, konsep kami di sina adalah memberikan layanan yang baik kepada sesiapa yang datang untuk berurusan. Tak kesah jika tak jadi nak buat program di sini, itu nombor 2 tapi kami akan cuba bagi kepuasan sebaiknya.. "

**Subhanallah... kami amat terharu

" Man, hantar adik-adik ni ke ktm boleh? "

" Boleh ja. Sekarang ke? "

" Ye.. diorang nak balik dah ni. "

" Ok.. saya siapkan kereta jap. "

** Ya Allah, sampai kami nak balik pun mereka nak hantar.. yang seronoknya hantar naik Honda Stream pulak tu.. memang kami terhutang budi sebenarnya. malu pun ada.

*************************

Di sebelah malamnya pula kami ke kem bina semangat untuk mendengar ceramah yang di sampaikan oleh Ustaz Asyaari. Kami di jemput oleh ustaz di SMK.Ampang. di smk tersebut ada program nadwah kepimpinan yang di handle oleh sahabat-sahabat kampus.

Sedang leka mendengar ceramah, saya di panggil oleh 'akak'.

" Nur, sekarang dah pukul 9.40malam. Train sampai pukul 9.50malam. Hantar akak kejap ke ktm boleh? "

" Ok... "

'Akak' pun pergi mendapatkan ustaz untuk pinjam kereta sebentar.. Masa 10 minit untuk bekejar ke ktm terdekat memang tidak sempat. kemudian 'akak' meminta saya menghantarnya ke ktm tg.malim kerana tiket ke Perlis jam 10.50malam.

" Akak, saya mana ada lesen lagi.. tak pernah memandu malam-malam ke tempat jauh pulak tu.. tg.malim bukan dekat.. jalan pun saya tak tahu... "

" Tapi akak dah lewat sangat ni, tak da siapa buleh hantar. Tak pa akak ingat jalan "

" Allahuakbar.. ok, kalau macam tu tolong cakap dengan ustaz saya akan hantar akak ke tg.malim dan beritahu juga yang saya tak ada lesen ye. "

Alhamdulillah, semua settle. Sekarang tugas saya adalah menghantar 'akak' ke tg.malim. Jam menunjukkan pukul 10.10malam. Memandu tanpa lesen adalah salah tapi keadaan yang memaksa membuatkan saya perlu berani mengambil risiko. Saya mengajak seorang kakak yang mempunyai lesen untuk menemani. atas kepercayaan semua, saya mulakan perjalanan. alhamdulillah kami sampai 3minit sebelum 10.50malam. 
Saya perlu bekejar ke tempat program kerana ceramah ust di jangka habis jam 11.15malam. Alhamdulillah, perjalanan pulang hanya nakan masa selama 30minit. satu pengalaman yang menarik untuk saya dan mereka yang terlibat..

******************************

Pengajaran yang ingin saya kongsikan bersama :

- Rancanglah sesuatu sebaiknya sebelum memulakan perjalanan
- Bersabarlah menghadapi karenah orang sekeliling kerana itu adalah warna-warni kehidupan
- Percayalah dengan kemampuan diri sendiri dan perlu berani mengambil risiko
- Muliakanlah tetamu sebaik mungkin seperti mana yang di ajarkan dalam islam
- Sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberian dari-Nya


***************************

Belajarlah untuk mengambil hikmah dari setiap kejadian. Hanya orang yang berjaya menghayati hikmah sahaja mampu merasai nikmat sesuatu  perkara..

Wallahua'lam.

Friday, March 25, 2011

**Raja Segala Buah**

"ya Allah, banyak nya durian ni nenek.. lama betul tak makan.." kataku kepada nenek.
"makan la,, rezeki awak nana.. sekarang ni tengah musim. Boleh makan puas-puas sebelum balik KL nanti.." jawab nenek.
Durian oh durian,,
Nikmatnye....
Seronok sebenarnya duduk kat kampung ni. Macam-macam pengalaman dapat secara tak langsung. Paling seronok bila balik time musim durian. Setiap hari dengar bunyi durian jatuh. huhu,, Tak sempat habis hari ni punya, esok datang lagi durian yang baru.
Selain boleh di makan macam tu saja, durian juga boleh di jadikan 'tempoyak' untuk di jamu selera dengan nasi panas atau sejuk. Ramai juga yang gemar memasak 'jem durian'. Sangat nikmat rasanya jika di makan dengan biskut kering.
Sebenarnya, bukan lah saya ingin bercerita sangat mengenai buah durian ni. Tetapi ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca yang setia.
Suatu yang amat menakjubkan jika kita perhatikan betul-betul terhadap musim buah-buahan ini. [i meant buah jenis bermusim].
Teringat perbualan antara saya dengan nenek pada suatu petang sambil menikmati durian,,
"Nenek, nanti bila kenduri kat rumah mak long (segamat), mesti kita boleh makan durian lagi kan? sebab kat sini musimnya dah nak habis.." kataku kepada nenek.
"Tak dapat la nana,, musim durian kat sana baru ja habis.." jawab nenek.
"Oh, ye ke.. Nenek, cuba kita perhatikan sama-sama, hebatkan perancangan Allah. Durian ni datang pada musimnya. Yang menariknya, lepas habis musim ni kat suatu tempat, datang pula kat tempat yang laen mengikut turutan. Tapi bermusim sekali je dalam setahun. Apa yang lagi menariknya nenek, proses penanaman yang tidak sama. Maksud kita, jangka masa yang berlainan nak tanam biji benih ni. Katakanlah hari ni nenek tanam biji durian, kemudian 3bulan selepas tu pak ngah pulak tanam. Then bila tiba ja musim durian, kedua-dua pokok ni akan mengeluarkan hasil. Padahal tarikh tanam nya tak sama. Menarik la nenek! Pokok-pokok ni macam ada robithoh pula.."
"A'ah la nana,,, hebat betul perancangan Allah."jawab nenek dengan gembira**
Kawan-kawan, seperti mana yang kita semua ketahui, durian ni dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah.
Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama.
Orang yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara tradisinya dinasihati mengelakkan durian kerana ia dipercayai mempunyai kandungan yang berkhasiat yang boleh memberi tekanan pada badan.
Saya ingin berkongsi dengan kalian kaedah untuk memilih buah durian yang terbaik :
  1. Lazimnya kesegaran dari satu buah boleh dipastikan dari tangkainya. Apabila buah telah dialih dari pokok, tangkainya mulai kering. Pekedai yang tidak bermoral akan cuba untuk membalut atau mengecat tangkai untuk menghalang pengesanan mudah. Pekedai yang kurang pintar mungkin juga membuang tangkai durian.
  2. Kebanyakan peminat menggemari buah durian yang isinya kering dan matang. Satu jalan mudah untuk mengetahui samaada isi kering tanpa membuka buah adalah dengan menggoncangkan buah dan mengesan getaran kecil. Isi durian yang lembap melekat pada kulit buah. Isi durian yang kering cenderung untuk berpisah dari dinding buah. Seseorang mestilah berhati-hati agar tidak tercedera oleh duri buah durian ketika melakukan perkara ini.
  3. Durian mungkin diserang oleh perosak yang bertelur di dalam buah yang berkembang menjadi larva seperti ulat. Amat penting ketika membeli buah durian untuk mengelakkan membeli buah yang mempunyai sebarang lubang pada kulitnyanya kerana ini sering kali menunjukkan kemasukan "ulat" ke dalam buah.
~Selamat Menjamu Selera~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...