Saturday, March 19, 2011

Apa kaitan batu-bata & simen?

Batu-bata dan simen, dua bahan penting untuk membina bangunan. Tanpa simen, batu-bata tak mampu berdiri kukuh.
Begitulah bangunan jamaatul muslimin. Ibaratnya kita ini batu-bata yang tersusun, membentuk bangunan yang tersergam indah. Kita dicantumkan antara satu sama lain dengan simen ukhuwwah. Tanpa ukhuwwah, runtuhlah jamaatul muslimin.
Simen tak mampu mengikat batu-bata tanpa dibancuh dengan air. Begitu juga ukhuwwah kita, tak mampu mengikat hati jika tidak dibasahi dengan iman. Sesungguhnya iman dan ikhuwwah itu tidak dapat dipisahkan.
“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara.”
(Al-Hujurat: 10)
“Tidak beriman seseorang di kalangan kamu, sehingga dia mengasihi untuk saudaranya, seperti dia mengasihi untuk dirinya sendiri”
(Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan Al-Hakim)
Simen yang pure adalah lebih kuat dari simen yang dicampur pasir. Lebih banyak pasir dalam simen, lebih lemahlah binaan. Begitu juga halnya ukhuwwah yang tidak solid kerana Allah. Jika ukhuwwah bercampur dengan kepentingan duniawi, akan retaklah bangunan jamaatul muslimin.
Imam Hasan Al Banna mengatakan, “Yang saya maksud dengan ukhuwah adalah terikatnya hati dan ruhani dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan dan semulia-mulianya. Ukhuwah adalah saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan kesatuan; tidak ada kesatuan tanpa cinta kasih; minima cinta kasih adalah kelapangan dada dan maksimanya adalah itsar (mementingkan orang lain dari diri sendiri).”
“Al Akh yang tulus,” lanjut beliau, “Melihat saudara-saudaranya yang lain lebih utama daripada dirinya. sendiri, kerana ia, jika tidak bersama mereka, tidak dapat bersama yang lain. Sementara mereka, jika tidak dengan dirinya, dapat bersama dengan orang lain. Dan sesungguhnya serigala hanya makan kambing yang terlepas sendirian. Seorang mukmin dengan mukmin lainnya ibarat sebuah bangunan, yang satu mengukuhkan yang lain.”
Sesungguhnya kekuatan dakwah ini terletak pada tiga perkara – iman, ukhuwwah dan meterial.

“Ukhuwwah Teras Kegemilangan”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...