Sunday, May 15, 2011

Mencari Mata Rantai Yang Hilang


.
 Gambar hiasan

Kembalilah menyorot sejarah
Belajarlah daripada Rasulallah
Bagaimana baginda membina SATU bangsa bermaruah
Sedangkan awalnya terkenal Barbar dan Jahiliyyah

BERSATU ATAS MATLAMAT YANG SATU

Pujian bagi Allah, Tuhan yang Maha Menyatukan (Al-Jami’) hati para hambaNya yang ikhlas dan mengharapkan keampunanNya. Selawat dan salam kepada junjungan Agung Nabi Muhammad S.A.W., Rasul yang mendidik dan memimpin manusia untuk mengenal dan mencintai Allah sekaligus menyatukan ummah, kaum kerabat baginda, para sahabat, tabi’ien dan para pejuang Islam disepanjang zaman yang telah bertungkus lumus memartabatkan Islam.

Alhamdulillah, hari ini saya di beri peluang dan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk berkongsi sesuatu. Walaupun agak sibuk menguruskan beberapa tugasan minggu ini, ia bukan lah menjadi penghalang untuk saya terus menaip apa yang ingin saya sampaikan. 

Kawan-kawan,

"Jihad datang daripada usaha, dan usaha ialah kepenatan dan kesusahan, tiada kerehatan bersama jihad sehingga pertarungan berakhir dan pada waktu pagi orang memuji kemenangan." Itulah semarak kata al-Syahid Imam Hassan al-Banna yang menyuntik semangat saya tatkala berasa lemah.

Baiklah sahabat-sahabat sekalian,

Kewafatan Rasulullah SAW menggamit seribu satu perasaan yang sukar di gambarkan. pemergiannya sukar untuk di terima di saat seluruh alam memerlukan seribu satu harapan padanya. Sayyidina Umar al-Khattab r.a. terpaksa di redakan oleh sahabat karibnya Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. kerana sukar menerima pemergian Baginda dengan katanya : "Wahai manusia, sesiapa di antara kamu yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat. Dan sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah tetap hidup dan tidak akan mati."

Walaupun jasad Baginda berpisah daripada kehidupan dunia ini, namun matlamat dan perjuangannya tetap di teruskan. Bagi merialisasikannya, Baginda Rasulullah SAW meninggalkan pewarisnya agar ajaran yang di sampaikan tidak terkubur mati, bahkan perlu di sampaikan dan di perjuangkan sehingga ke akhir zaman. Justeru itu, Rasulullah SAW memilih ulama sebagai pewarisnya. Merekalah yang meneruskan perjuangan Rasulullah SAW.

Apabila manusia jauh daripada ulama, maka manusia terus berada dalam kejahilan dan senang sekali di sambar oleh syaitan-syaitan daripada syaitan manusia dan syaitan jin dari setiap penjuru dan sudut yang menyeru kepada kesesatan dan keinginan hawa nafsu yang tiada penghujungnya. Kehadiran ulama adalah satu nikmat yang tak terhingga kepada seluruh penduduk di muka bumi ini. Mereka hadir sebagai lampu yang menyinari, pembimbing dan yang menjadi hujah kepada Allah SWT ketika berada di muka bumi ini. Sekaligus mereka menghapuskan segala pemikiran yang sesat dan yang menyingkari kabus kesangsian yang menyelubungi hati dan diri manusia.

Perumpamaan yang sangat secocok sebagai pengiktirafan terhadap ulama di sabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, " Sesungguhnya perumpamaan ulama di muka bumi seperti bintang di langit yang menjadi pedoman dalam kegelapan di darat dan di laut. Apabila bintang telah malap, maka hampirlah juru penjuru itu kepada kesesatan" ( Riwayat Ahmad no.12139 dan no. 126000)

Malah perkara ini pernah di nukilkan oleh Prof. Dr. Hamka dalam Tafsir al-Azhar untaian kalimah Imam Malik : " Ulama adalah pelita pada zamannya." Tanpa pelita ulama ini, manusia terus meraba-raba dalam hidupnya yang penuh kegelapan. Tidak mengerti yang mana putih dan yang mana hitam. Ungkapan "ulama perwaris nabi" ini bukanlah manifesto yang sengaja di tonjolkan oleh para ulama sendiri, bahkan ungkapan ini telah meniti keluar dari bibir mulia Rasulullah SAW yang bermaksud "......... Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi." (Riwayat at-Tarmizi no. 2606)

Kedudukan para ulama terlalu istimewa berbanding manusia lain. Keistimewaan ini dapat kita hayati menerusi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Kelebihan orang alim seperti kelebihanku di atas orang yang paling bawah di kalangan kamu. Sesungguhnya Allah, malaikat-Nya dan penghuni langit dan bumi sehingga semut di dalam sarangnya dan ikan-ikan di dalam air mendoakan orang alim yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." ( Riwayat at-Tarmizi no.6209, hasan gharib sahih dan al-Darimi no. 289)

Namun di sebalik lunakan janji-janji dan keistimewaan itu, para ulama sewajarrnya memerhatikan lontaran kata-kata yang di riwayatkan daripada Sayyidina Hassan bin Ali r.a.huma. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Sesiapa yang melihat pemerintah yang zalim yang menghalalkan apa yang di haramkan oleh Allah, yang mungkir terhadap perjanjian Allah, yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW, yang melakukan perkara yang di sukai Allah dengan dosa dan menimbulkan permusuhan, lalu mereka tidak merubahnya dengan perkataan dan perbuatan, maka adalah menjadi hak Allah SWT memasukkan dia di tempatnya (neraka)." (Riwayat al-Tabarani dalam al-Tarikh dan Ibn Athir dalam al-Kamil).

Ulama pewaris nabi tidak akan membisu mempertahankan kebenaran. tidak akan membutakan mata apabila kemaksiatan dan penyelewengan menghiasi kelopak matanya. Tidak akan memekakkan telinga tatkala kemungkara berbicara di sekelilingnya. Tidak sesekali menyembunyikan segala perintah Allah dalam urusan umat, urusan negara atau tindak-tanduk pemerintahan.

Kenapakah sedemikian rupa?? 

Ini kerana mereka itu beriman dengan firman Allah SWT yang bermaksud "Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan daripada keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah sesudah kami menerangkan kepada manusia dalam kitab suci, mereka itu di laknat oleh Allah dan di laknat oleh sekalian  makhluk." ( Surah al-Baqarah 2:159)

Kecaman ini juga di luahkan oleh Imam Abu Ali al-Daqqaq terhadap ulama yang takut memperkatakan kebenaran yang bermaksud "Sesiapa yang diam daripada mengemukakan kebnaran, dia adalah syaitan bisu."

Abdullah bin Mas'ud r.a. menegaskan, "Bukanlah seorang di katakan alim kerana banyak menghafaz hadis. Alim sejati ialah yang banyak khasyyah atau takut kepada Allah."

Dari sini dapat kira fahami bahawa mereka yang tidak takutkan Allah SWT bukanlah seorang ulama sekalipun ilmunya tinggi melangit. Demikianlah juga kata Imam Malik r.a. , "Ilmu bukanlah kerana banyaknya menghafaz hadis, bahkan ilmu ialah nur yang di nyalakan Tuhan dalam hatinya."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...