Monday, October 29, 2012

Aku Terus Melangkah..



Setelah sekian lama laman maya ini ku itnggalkan, kini akan ku cuba untuk menceriakannya kembali..

Sekadar coretan yang terlintas di hati, lalu ku titipkan utusan ini buat sahabat yang sudi meluangkan masa untuk membacanya..

Tepat jam 4.30pg (waktu AMMAN, Jordan), penulis bersama rombongan sahabat dan sahabiah dari Darul Quran telah tiba di QUEEN ALIA, AIRPORT.. Pelbagai perasaan bercampur baur,, seakan tidak mempercayainya. Hanya syukur yg mampu ku lafazkan..

Kemudian, kami di pisahkan mengikut jami’ah masing-masing.. Aku keseorangan (akhowat) yang meneruskan perjuangan di Mu’tah University.. Walaupun agak keberatan tapi ku cuba gagahi langkahku ini..

Pelbagai pengalaman menarik yang ku lalui setibanya di bumi Mu’tah.. Aku dapat merasai manisnya ukhwah di sini. Aku di sambut bagaikan tuan puteri.. Namun, hati ku terasa sunyi kerana tiada teman rapat di sisi.. 

Aku terus melangkah. 

Alhamdulillah, selesai urusan tasjil madah dan iqamah.. Semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada sahabat2 yg banyak membantu. Apa yg menarik sewaktu menguruskan iqamah ialah, cap jari ku di ambil dengan kesemua jari yg ada.. Aku berasa sangat lucu! Di saat ini aku rasa bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang lebih maju berbanding Jordan.

Aku terus melangkah..

Kini sudah sebulan lebih aku berada di bumi Mu’tah. Rasa rindu ke tanah air seringkali menerpa dalam sanubariku.. aku merindui mereka di sana. Dalam kesibukan mengejar segulung ijazah, aku dikejutkan dengan berita menyedihkan.

Perkhabaran dari ayahku mengenai kamatian nenek kesayanganku.. Sungguh berat untuk ku menerima perkhabaran ini, namun aku harus redha.. Teringat persoalan yg di timbulkan oleh nenekku sebelum aku ke Jordan, “Siapa yg nak ajar nenek ngaji nanti kalau awak dah tak de? “ Aku hanya mampu mengalirkan air mata..

Aku terus melangkah..

Banyak perkara baru yang ku pelajari di bumi Mu’tah ini.. Bahasa baru, kawan baru, pengalaman baru dan segalanya.. Aku bersyukur kerana masih di beri peluang dan ruang untuk merasai dan melihat tempat-tempat bersejarah di bumi Syam ini..

Aku terus melangkah..

Pertama kali memasuki kelas di sini, aku ‘blurr’.. Aku agak sukar untuk memahami apa yg di perkatakan oleh pensayarah di sini. Namun lama kelamaan, aku mampu memahaminya sedikit demi sedikit.. Syukur, Alhamdulillah..

Aku terus melangkah,

Pada suatu hari, selepas pulang dari kuliah, aku hampir di langgar oleh pak arab. Sungguh peristiwa tersebut membuatkan diriku fobia dan lebih berhati-hati semasa melintasi kereta dan sebagainya..

Aku terus melangkah,

Kini, tidak pernah terfikir.. bahawa aku akan menyambut hari raya AidilAdha di bumi barakah ini.. Aku bersyukur sangat. Kemeriahan di sini lebih di rasai berbanding menyambut di Malaysia. Namun, perasaan rindu pada keluarga tetap ada..

Aku bersyukur..

Bersyukur kerana masih berpeluang untuk merasai nikmat Iman dan juga Islam walau dimana jau aku berada.. Doakan agar diriku berjaya di sini dan juga di ‘sana’.. Moga kita bertemu di syurga kelak..


Sekadar coretan ringkas,

MUJAHEED HAKIKI,
USULUDDIN 2012/2013.
UNIVERSITY MU’TAH, JORDAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...