Wednesday, June 12, 2013

H I N A

Bismillah.

Saat hati dan jiwa itu jauh dari Tuhannya,
Sungguh derita tidak terkata.
Apabila nur itu kembali menerpa,
Namun kekuatan masih tidak kunjung tiba.

Jasad ini mengembara mancari tuhannya,
Melihat alam dengan penuh makna,
Mendidik hati dan jiwa yang bergelora,
Kegersangan mencari panduan yang Esa.

Hina diri bagaikan najis tiada harga,
Hina dari pandangan mata yang mulia,
Hina sungguh sikap durjana,
Hina di jilat api neraka.

Kekuatan masih tidak kungjung tiba,
Quran berkata,
Tiada siapa yang bisa merubah sesuatu kaum,
Melainkan diri sendiri yang mengubahnya.

Hati yang mati itu merana,
Kehausan cinta dari Tuhannya,
Mencari cinta di setiap benua,
Namun masih mengulangi kesilapan yang sama.

Hidayah itu tiada yang kedua,
Bila tiba usahlah di tunda,
Tuhan itu pengampun dosa,
Dosa dari hamba yang hina.

7.48malam
[ warkah dari bumi syam ]

Wednesday, March 27, 2013

Kematian 3 Tokoh Hebat


Pada tanggal 22 Mac 2013, dunia dikejutkan dengan satu berita sedih mengenai kematian seorang tokoh ilmuan hebat iaitu Syeikh Muhammad Saied Ramadhan Al-Bouty yang terbunuh dalam sebuah letupan berani mati di Masjid Al-Imaan ketika sedang menyampaikan kuliah mingguannya di situ.

Sebelum itu, tersebar video yang mendakwa Syeikh Bouty menyatakan sokongan beliau kepada pemerintahan Bashar Al-Asad.

Namun, Dr. Muhammad Said Hawwa menyatakan terdapat maklumat maklumat baharu bahawa Syeikh Bouty mengubah pandangannya kepada mengkritik dan menentang kezaliman Bashar. Khabar jua mengatakan syeikh dan ahli keluarganya sedang berusaha untuk keluar dari Syria.


Kitab Fiqh Al-Seerah adalah karang masyhur Almarhum Syeikh Bouty.



                                                     ***************************************


Rentetan daripada itu, pada 25 Mac 2013, rakyat Malaysia sekali lagi dikhabarkan mengenai kematian ulama' terkemuka iaitu Sheikh Muhammad Abdullah, Ketua dewanUlama' PAS, Negeri Kedah.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Allahyarham adalah seorang guru dan ulamak yang tidak pernah jemu mengajarkan ilmu kepada masyarakat.

"Pemergian beliau satu kehilangan kepada PAS dan rakyat Kedah Amnya. Jasa beliau dalam mengembangkan ilmu kepada masyarakat melalui institusi pendidikan dan kuliah-kuliahnya dan penglibatan beliau dalam politik sangat dihargai," katanya.



                                                 **************************************


Seterusnya, pada 26 Mac 2013, pemergian seorang Tokoh Maal Hijrah 2005 dan pakar dalam bidang pemikiran Islam, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady telah kembali ke rahmatullah pada jam 2.30 petang (waktu Malaysia). Berkata Menteri di Jabatan Perdan Menteri Dato' Jamil Khir Baharom, "Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia ilmuan Islam".


                                                  ************************************



Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Bukhari)


| Allahummaghfirlahum Warhamhum Wa'afihim Wa'fu'anhum |
[al-fatihah]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...